Berpantang Secara Relevan 2020

Soalan yang agak subjektif untuk di bentang kan. Tetapi sebagai Ex-Nurse and now Therapist Bidan aka MakBidanMude soalan ni hampir setiap customer akan tanya.

Dah alang alang tu kita jawab pukal kat sini untuk rujukan masa depan juga. Jadi jawapannya

YA. JIKA KENA CARA

Berpantang Secara Relevan 2020 #1 CUKUP MINUM AIR

Walaupun tips ni bercanggah dengan cara berpantang orang dulu dulu bukan laa bermakna tak elok, cume zaman dulu mereka ada sebab tersendiri kenapa mesti sukat air. Cth yang jelas ialah, pada zaman dulu sukar untuk mendapatkan sumber air, meeka harus ke perigi yang jauh . Ada juga tandas dulu kebanyakkannya  tandas cangkung yang kurang mesra dengan ibu lepas bersalin.

Berpantang Secara Relevan 2020 #2 PEMAKAIAN BENGKUNG

 

Pemakaian bengkung adalah penting untuk kembalikan bentuk asal perut dan peha yang membesar semase proses mengandung. Walaubagaimanapun pada zaman dulu bengkung adalah selehai kain yang panjang nya mencecah 15 meter dan di lilit bermula dari peha hingga ke atas perut. Tetapi sekarang dengan bengkung moden yang berbentuk velkro, zip, atau tali kasut lebih memudahkan. lebih senang untuk ke tandas atau nak adjust keselesaan.

 

Berpantang Secara Relevan 2020 #3 PEMAKAIAN PILIS

Berpantang secara tradisional memang wajib memakai pilis. Pilis zaman dulu adalah sejenis paste yang di ambil daun akar kayu dan di giling sehingga menjadi paste. Tetapi sekarang pilis telah di modenkan dengan cara balm atau losyen. Lebih mudah dan relevan untuk pakai, lebih tahan lama untuk di simpan dan juga senang di bawa.

Berpantang Secara Relevan 2020 #4 BERTUNGKU

Dari segi Sains, apabila kita bertungku, haba dari batu tungku akan menyebabkan saluran darah di kulit pada bahagian yang diletakkan batu tungku itu akan mengembang. Peredaran darah akan bertambah baik apabila salur darah tadi berkembang sedikit daripada yang asal. Dengan itu :

  • Nutrisi dan oksigen yang ada dalam darah akan pergi ke bahagian yang ditungku.
  • Melegakan rasa sakit dan lenguh di otot terbabit.
  • Meningkatkan fleksibiliti otot.
  • Membantu menyahkan bahan buangan apabila darah mengalir dengan baik.

Berpantang Secara Relevan 2020 #5 AMALKAN MAKANAN SEIMBANG

Ibu yang berpantang selepas bersalin memerlukan zat nutrisi daripada makanan yang berkhasiat. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan agar pengambilan makanan yang terbaik adalah mengikut sukatan ini – suku pinggan karbohidrat, suku pinggan protein, separuh pinggan adalah sayur dan buah.

lebih detail boleh klik  Shaklee Sini untuk tahu tentang setiap produk.

SELAIN makanan  boleh juga mengamalkan supplement khas untuk ibu selepas bersalin. Jangan risau semua ini khas di amalkan semase breastfeeding. Selain memberi nutrisi, ia juga sebagai milkbooster dan mempercepatkan proses baik luka.

 

Berpantang Secara Relevan 2020 #6 PEMAKAIAN STOKIN

pemakaian stokin ketika pantang adalah untuk mengingatkan orang lain supaya berjaga-jaga kerana ibu sedang berpantang. Maklumlah, ibu berpantang sentiasa berlunjur dan melanggar ibu jari kaki ibu berpantang dikatakan boleh menjejaskan rahim. Jadi, sekiranya ibu memakai stokin, orang sekeliling akan berwaspada dan akan berjalan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari terlanggar kaki ibu berpantang.

Adalah di nasihatkan untuk pakai stokin sampai ke betis yang tapak nya tidak licin dan selesa. Ini kerana selain bertujuan mengurangkan bengkak penting juga untuk ianya sedikit kesat agar tidak mudah jatuh. bila dah pakai stokin dan berpilis baru lah nampak macam berpantang ye tak?

AKHIR KATA, nikmati lah moment berpantang. pasti satu hari nanti moment ini akan jadi kenangan. apa pun berpantang ni lah masa untuk ibu ibu memanjakan diri selepas 9 bulan mengandung. Insya Allah jumpa lagi di entry yang lain.

 

Anisah Ismail