5 Kisah Wanita Peroleh Pendapatan 4-5 Angka Dengan Mobile Spa

Hari ni mak bidan mude korang nak ceritakan kisah 5 orang wanita yang PROVEN telah berjaya memperoleh pendapatan 4 hingga 5 angka dengan Mobile Spa.!!

Pembaca setia mesti tahu selain jadi bidan, I juga merupakan beautician mobile spa bersama TWB.

Entry kali ni KHAS untuk pendapatan mobile spa sahaja, tak masuk income pantang tau. Tanpa berlengah lagi lets check it out.

1. Nurul Shakirah Ab Bakar, 27, bujang.

Keyra merupakan anak kedua dari 8 beradik dan mempunyai seorang adik yang istimewa. Gambar di atas adalah sewaktu Keyra training TWB pada June 2015. Sebelum TWB ditubuhkan Keyra memang sudah menjadi ahli Shaklee di bawah susur galur founder, Keyra juga belajar diploma di kolej yang sama dengan adik founder menjadikan dia antara yang awal join TWB iaitu seawal launching batch pertama 2015. Menjalani training di kawasan pilihan sendiri, Keyra training di salah sebuah Hotel di Penang.! Best kan ?

Kita baca perkongsian Keyra tentang bagaimana beliau boleh tertarik untuk join TWB dan bagaimana dengan biz mobile spa ini boleh dapat 4-5 angka tak sampai sebulan

Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun. Sebelum ni saya kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.

So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah. Tapi dalam masa yg sama boleh gain income jugak. Masa tu saya memang dah start join twb masa saya kerja tu, tapi buat secara part time je la.

Long story short, saya ambik keputusan utk berhenti kerja & fokus 100% buat spa dan shaklee. Memang tawakkal ja masa tu.

Alhamdulillah, apa yg saya tak dapat buat masa saya kerja, saya dapat buat lepas sy buat keputusan utk fokus spa twb 100%.

InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut, dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah. Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah.

Subhanallah mulia sungguh cita cita Keyra dan beliau berani berimpian asbab biz mobile spa. Jom tengok untung spa Keyra.

2. Shamira Mohd Nasir,25 tahun, berkahwin.

Mira berasal dari Kedah, sudah berkahwin dan surirumah sepenuh masa kerana suami tak bagi keizinan bekerja. Pekerjaan terakhir sebelum biz mobile spa adalah operator pengeluaran di sebuah kilang di Hi-Tech Kulim, Kedah.

Kisah Mira ini adalah antara yang paling membuka mata dalam TWB kerana permulaan Mira nak join TWB dia cuma ada RM100 dalam bank, tapi dia nak sangat join. Sewaktu preview dia dah nampak masa depan dan bagaimana TWB boleh bantu dia lebih yakin diri dan mendapat extra money.

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat “Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta” ujar beliau.

Tanpa disangka dalam keserabutan lagi berapa hari nak training, Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung!

Selesailah beliau training Mac 2018 dan memulakan biz spa dengan sangat rancak. Apa yang terjadi seterusnya adalah…

“Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..” ujarnya lagi.

Berbekalkan ilmu dan skills yang ada beliau ada dan suami mula susun strategi marketing. 

“Mula mula buat promosi spa dan collect cust banyak-banyak. Nak kata malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang.

Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA! 

Sebab apa? sebab kita ada ilmu.. buat apa pun bila ada ilmu yang betul semuanya mudah..” kata Mira lagi.

Mira pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik.. ??Tapi nak cerita jugak.

Tahu apa Mira buat? Mira buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah cust. Tahu apa jadi?? 

Bersusun orang book slot dengan Mira. Penat memang penat tapi berbaloi. 

Inilah cara Mira dan suami survive ketika suami berhenti kerja mengejut.!

Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash! 

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?

3. Soraya Ishak, 32 tahun, berkahwin.

Comel kan Kak Soraya ni, manis je muka beliau. Tengok live FB pun best sedap suara.

Kak Soraya mula join TWB pada Nov 2018, baru lagi dan kemudian rancak menjalankan aktiviti spa awal tahun ini.

Tidak lama kemudian Kak Soraya dapat tahu mamanya akan menunaikan umrah dengan sponsor pakciknya (adik mama). Waktu itu Kak Soraya menanam azam untuk memberikan maknya wang saku untuk berbelanja keperluan mahupun untuk membeli hadiah hadiah di sana, biasa kan orang balik tanah suci kita datang rumah dia nanti dapat makan itu ini.

Wallahi, ya allah aku hanya ingin mak aku terSENYUM, aku ingin cuba capai segala keperluan & keinginannya

( monolog yang acapkali berulang di dalam hati & doa Kak Soraya)

Alhamdulillah dengan berkat duit mobile SPA walaupun baru beberapa bulan, duit yang ada insha allah sentiasa ada berlebihan & yang terbesar juga bagi Kak Soraya adalah:

  1. Soraya dapatkan makanan tambahan & vitamin (Shaklee) untuk mama ( mama soraya dah berusia  Ambil ESP, PD, Vit C  )
  2. Soraya dapat sediakan kelengkapan umrah
  3. Soraya dapat berikan wang saku yang agak besar

Bayangkan baru berapa lama Kak Soraya aktif mobile spa dah dapat macam macam, beliau berasa amat-amat bersyukur dengan pencapaian awal ini.

Paling banyak beliau pernah dapat adalah sehari RM900..!!

Kak Soraya juga merupakan TTC fighter, doakan Kak Soraya untuk mendapatkan cahayamata ya korang.

4. Rosilah Duming, 31 tahun, berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Mula mencari maklumat mengenai biz mobile spa apabila selalu melihat kawan kawan post kerja sejam dua dapat beratus ratus. Semakin berminat setelah mendengar konsep biz TWB yang mana 100% keuntungan sendiri dan bukannya kena bayar pada company.

Puan Ila terus join dan rancak buat duit kepuk kepuk. Ni gambar lepas training dengan beg spa barang barang dan juga sijil.

Ila sangat rajin ambil job spa dan suka simpan duit.

“Pencapaian saya selepas join twb sy dpt beli kn husband sy handphone yg bernilai RM1299, dapat bagi mak duit, bagi adik duit yg tengah study, dapat beli brg yg saya suka, dapat belanja anak-anak and dapat buat simpanan” ujarnya lagi.

Mobile Spa Ila beroperasi di Kota Kinabalu Sabah tau, jangan kata duk Sabah susah dapat customer. Kita kena cakap senang maka senanglah jadinya. Ila boleh so kita pun mesti boleh.

Apa hadiah dah bagi husband bulan lepas ? Bukan birthday tau, hadiah saja saja penghargaan gittuh.!

5. Sharifah Nadiah, 32 tahun, berkahwin dan mempunyai sepasang anak.

Entry tentang Nadiah ni panjang sebab dia pernah kongsi semua cerita ni ketika menjadi speaker Free Preview TWB.

Pernah bekerja, selepas mendapat anak sulung memang tidak bekerja & memegang title surirumah sepenuh masahampir 4 tahun & sedang menanam IMPIAN utk mnjadi HIGHCLASS HOUSEWIFE ? InsyaAllah..

Sekarang sedang mngusahakan bisnes mobilespa sendiri , Na D’Beauty & Spa, di bawah projek The Walking Beauty (TWB). Mula training pada 14jun & berjaya dpt balik modal rm 1999 dlm mse lebih kurg 2 bulan walaupon msetu hanya buat spa time weekend shj. (Berminat jgk jejomss la same2)?Mobilespa TWB sangattttt EMPOWERING WOMAN tau!?

Join mobile spa ni pd awalnya bukn sbb minat sgt tp ade satu PUSH FACTOR sy sendiri yg melibatkan title seorg surirumah di mata sesetengah masyarakat. Juga my BIG WHY adalah utk saving demi mase dpn anak2.

Namun, sy mula jatuh cinta dengan bisnes mobile spa TWB ni apabila bykkk perubahan POSITIF yg berlaku dlm diri sendiri di samping teruja bila dpt bolot 6 penjuru income dlm TWB! ?

Tulisnya di laman sosial.

Tambah Nadiah lagi, sebelum join dengan TWB ni, memang berada di zon yang selesa. Zon selesa yang sebenarnya kita sndiri yang cipta.

Selesa sebab tak ada hutang, ptptn dah langsai, kereta dah habis bayar dan dah ada rumah sendiri. Kira tak ada apa la yang buat Nadiah terfikir nak berbisnes ni.

My turning point is bila somebody yang kira ada pertalian dekat dengan kita, masa tu saya baru habis pantang anak ke-2 selama 48 hari kalau tak silap.

Ada insiden yang menyebabkan saya sedikit stress dan dia smash cakap ‘nak stress-stress buat apa? Bukan ada buat kerja apa pon kt rumah!’

Ayat ini lah yang terngiang-ngiang dalam kepala saya hingga buat saya tekad untuk membuktikan yang surirumah ni bukan sahaja duduk goyang kaki je dekat rumah.

Walaupun duduk rumah tapi kita boleh menjana pendapatan dari rumah dan masih boleh jadi surirumah highclass yang KAYA DAN BERJAYA.

Bila saya dah TEKAD tadi, saya tak kira macam mana sekali pun saya kena cari modal untuk join juga spa TWB ni.

Modal untuk join TWB adalah 100% dari suami. Jom kita baca perkongsian Nadiah yang pernah diberitahu dalam Preview percuma sebelum ini.

Saya mula sembang-sembang dengan suami, santai-santai je cerita pasal TWB. Saya tunjuk sikit la gambar-gambar duit kepuk-kepuk yang diorang hantar dalam kelas preview sambil gosok-gosok la sikit suami tu kan, picit-picit. Hehe..

Dan dia tanya modal berapa? Hahhhh apa lagi terus cakap RM1999 pakej seret bag, all in. Mula cik suami diam je, then dia tanya.

“Agak-agak berapa bulan boleh pulang modal tu?” tanya suami.

Tak prepare jawapan sebenarnya haha tapi tak tahu mulut ni cepat je jawab “2 bulan”.

Dipendekkan cerita, husband pun bagilah pinjam modal tapi BERSYARAT

1) boleh buat spa on weekend sahaja

2) pastikan BERJAYA

Hah.. Paham dah ayat dia tu berjaya tu means 2 bulan kena bagi balik duit dia lah. Sebab dah cakap 2 bulan lepas tu bila dia dah bagi duit tu siap janji lagi 2 bulan akan bagi balik semua RM1999.

Okay kat sini sebenarnya secara tak langsung saya dah mula buat target iaitu dalam masa 2 bulan saya kena dapatkan balik modal !

So bila dah ada target macam tu saya terus buat kira-kira siap-siap sebab tadi husband bagi syarat boleh buat hari minggu sahaja. So saya kira siap-siap. 2 bulan = 8 minggu = 16 hari(Jumaat DAN Sabtu)

So RM1999/16hari = RM125.

So bila kira-kira, sehari saya kena dapat paling kurang RM125 supaya saya boleh balik modal dalam tempoh 2 bulan tu.

Ini kiraan kasar la tapi atleast bila kita narrow down kan macam ni, baru kita nampak dan kita akan work for it.

Kalau ikutkan RM125 tu saya cuma perlukan 2-3 orang customer je sehari.

Mudahkan? Bila kita clear apa yang kita nak.

Saya training sehari sebelum raya. Petang raya orang tengah sibuk buat persiapan nak raya kita sibuk training spa ?

Masa tu kira barang-barang wajib tu semua saya dah dapat dan ada tinggal beberapa yang kecil-kecil je lagi yang tak ada (tunggu abang posmen).

Tapi saya fikir waktu raya lah saya boleh reach ramai orang yang saya kenal sedara mara, sepupu dan adik bradik.

Jadi saya beli je dulu mana yang kecil-kecil tu contoh macam headband, mangkuk dan sponge muka. Tak rugi pun sebab lepas tu memang kena topup balik bila kita run facial untuk 2 org sekaligus.

Malam raya saya dah ada customer first haha..

Siapa lagi kalau bukan suami hehe ? malam tidur dekat rumah mertua sebab turn raya sana. So saya sengaja facialkan suami dekat ruang tamu.

Daripada nak facialkan suami je, dah dapat facialkan mak mertua dan adik ipar 2 orang. Tak sebut pun berapa harga sebab introduction kan. Dapat la juga RM100 malam raya tu juga ?

Kebetulan la kot sebab raya kan. So ramai sedara mara yang nak cuba. RM1k pertama tu memang saya dapat daripada kalangan saudara mara, adik beradik dan kawan-kawan yang terdekat.

Saya tak buat facial sahaja sebab nak balik modal cepat and saya tahu bila suami dah start masuk kerja semula lepas raya saya hanya ada hujung minggu sahaja nak buat spa.

So saya beranikan diri untuk go to full spa treatment terus.

Full treatment saya buat semua kecuali herba sauna sebab belum ada pun lagi. Untuk full treatment spa saya cas RM250 dan nak dijadikan rezeki seorang sepupu dan kakak nak buat, so saya dah ada RM500 kat situ.

Sebenarnya, lepas dah dapat RM1k tu saya stuck juga sekejap sebab dah habis pusing semua sedara mara sepupu kawan-kawan semua dah try. Dalam 2 hujung minggu juga lah kiranya saya tak ada customer langsung. Masa tu dah masuk bulan ke 2 saya buat spa.
So target dah larilah time tu kan sebab dah 2 kali hujung minggu tak ada customer. Iklan promo semua saya dah buat. Blast dekat semua group whatsapp yang ada. Tak senang duduk dah masa tu sebab fikir saya cuma ada lagi 4 hari untuk tunaikan janji saya bagi balik duit suami RM1999.
Tak tahu la mana datang ilham Tuhan bagi tiba-tiba lepas sembahyang asar masa tu, saya terfikir idea yang saya rasa tak tahu la ada ke mana-mana ahli TWB lain pernah buat ke tak.
Tahu apa saya buat? Saya pergi tawarkan service spa saya dengan cara direct selling ?
Saya jadi terfikir, kalau customer tak cari aku, apa kata aku yang pergi cari customer.
Saya pergi dekat salah satu rumah flat yang kira baru juga la dekat area Kuala Terengganu ni. Flat ni kira belas-belas tingkat juga la.
Dan alhamdulillah mungkin Tuhan nak tolong saya tunaikan juga janji saya pada suami tu, saya round flat tu 3 hari Khamis, Jumaat dan Sabtu..settle RM1k seterusnya ?
Ingat lagi hari first Khamis tu kebetulan suami cuti, so saya pergi, saya naik sampai tingkat ke 7 dan saya dapat RM350 alhamdulillahhhh sangat.
Jumaat esok tu saya pergi lagi. Saya jadi lagi semangat sebab kelmarin dah dapat lebih pada target kan. Saya pergi first floor tak ada orang nak, second tak ada juga dan third floor pun tak ada juga!
Aduh…
Habis masa round je saya fikir, dah la masa agak terhad sebab suami nak pergi sembahyang Jumaat pula kan.
So sebelah pagi tu saya balik gitu je tangan kosong, tapi rupanya Tuhan nak tengok sejauh mana kita sabar dengan sedikit ujian yang dia bagi.
Saya usaha lagi sebelah petang dan dapat satu rumah ada 4 orang sekali yang nak buat treatment! So alhamdulillah Jumaat tu saya dapat dalam RM240.?
Hari Sabtu last saya round dan saya memang target nak langsai terus bagi cukup juga RM1k. Memang malam tu sebelum tidur saya dah fikir dah doa banyak kali supaya Allah bagi juga customer pada esok hari untuk saya dapat RM400++.
Dan memang betul subconscious mind(minda separuh sedar) ni sangat POWER. Apa kita fikir, apa kita cakap semua tu DOA. Alhamdulillah 3 hari settle RM1k saya yang seterusnya.
Balik rumah melompat terus bagi kat husband cakap nah tak cukup 2 bulan dah dapat bagi balik RM1999. Kira masa tu ada 1 kali weekend lagi nak cukup ke 2 bulan saya pinjam duit dia ?
Dan yang paling bestnya sepanjang saya pulun nak dapat balik modal tu, saya dah ada 2 orang customer tetap untuk full pakej spa selama setahun dan 3 orang customer full facial untuk setahun juga.
Syukur sangat Ya Allah. Dia permudahkan jalan sepanjang saya join TWB ni ?
Dan ramai sangat repeat customer saya dapat daripada flat berbelas tingkat tu.
Jadi nak cakap walau sekecil mana pun usaha kita Allah pandang dan Allah nilai.
Saya memang ikhlas cakap saya bersyukur sangat Tuhan dorongkan saya untuk invest dalam bisnes yang betul. Modal sekali, untung berkali2 ???
Sekarang, saya dah boleh ada income sendiri 4 angka sebulan hanya dengan mobile spa yang saya buat pada hujung minggu sahaja.
Siapa kata suri rumah tak boleh ada duit sendiri.
Ada duit sendiri dan duit yang suami bagi sangat berbeza rasanya. Kalau suami bagi, kita rasa macam kena berjimat sket nak belanja. Tapi duit sendiri kita ada sedikit kebebasan nak beli benda benda yang kita suka.
Haaaaa macam mana korang ?
Rasa macam mengelupur nak join sekarang jugak kan ?
Kita ada buat free preview boleh klik je link http://www.wasap.my/60173818911/projectspa terus boleh chit chat dengan mak bidan.

Sudi sudi komen di ruang komen di bawah, thank youuu ❤️

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anisah Ismail