13 Tips Kulit Cantik

Kulit adalah organ terbesar. Kulit membaluti dan melindungi seluruh tubuh. Justeru kulit juga perlu di lindungi dengan baik.

Pemakanan, mood seharian, aktiviti kita juga mempengaruhi kesihatan kulit.

Jom buat perkara ini untuk kulit sihat dan bersih.

Tips Kulit Cantik #1 Cukup Minum Air Suam

Minum banyak air. Hidrasi adalah kunci utama kepada kulit yang segar dan sihat. Jika kurang air, ia akan mengundang kulit berjerawat dan pengeluaran minyak walaupun ia kering. Amalkan pengambilan air suam adalah yang sebaiknya.

Tips Kulit Cantik #2 Bersihkan Muka Sebelum Tidur

Elakkan tidur dengan make up. Muka yang ada make up atau berminyak menghalang proses baik pulih kulit muka yang berlaku pada waktu malam

Tips Kulit Cantik #3 Rehat Secukupnya

Rehat juga memainkan peranan untuk kulit baiki sel sel yang rosak.

Tips Kulit Cantik #4 Melakukan Senaman

Kekal aktif penting untuk kulit bernafas dengan baik dan mengeluarkan toksin dalam tubuh untuk kulit yang lebih segar.

Tips Kulit Cantik #5 Rutin Skincare

melakukan rutin skincare yang bersesuaian dengan kulit muka juga adalah penting. Kenali jenis  kulit muka dan lakukan rutin dengan lebih berdisiplin.

Tips Kulit Cantik #6 Pengambilan Teh Hijau

Lengkapkan diet seharian dengan mengamalkan minuman teh hijau asli tanpa gula. Ia kaya dengan bahan antioksidan dan dapat membantu menentang bakteria selain radikal bebas.

Tips Kulit Cantik #7 Elakkan Air Manis dan Berkaffein

air manis dan kafein ni sebenarnya punca kita dapat jerawat tau. Jadi siapa yang dah ada masalah jerawat dan plan untuk nak dapat kulit cantik, elakkan air manis dan air berkafein at any cost!

Tips Kulit Cantik #8 Urut Badan, Hilangkan Selulit

Lakukan urutan ringkas bagi menghilangkan selulit. Urutan membuatkan perjalanan darah menjadi lebih lancar dan sel-sel lemak mudah dipecahkan.

Tips Kulit Cantik #9 Buat Detox dengan Menyeluruh

selain kulit kita ada 6 lagi organ Detox yang lain. Buat Detox secara menyeluruh bukan sahaja untuk sihat kan badan, malah berat juga boleh turun.. badan terase ringan dan segar dan yang penting semua orga detox boleh berkerja dengan lebih optimum. Apa itu Detox? baca Detox Badan

Tips Kulit Cantik #10 Kurangkan Penggunaan Make Up

adalah penting untuk menjaga kebersihan semasa pemakaian make up juga. Kerap lah membasuh berus make up dan jangan pakai terlalu tebal kerana ia boleh menghalang kulit untuk bernafas.

Tips Kulit Cantik #11 Memakai Sunblock dan Mositurizer

Cuaca Malaysia yang panas dan lembab sepanjang tahun menjadikan kulit kita mudah terdedah kepada sinaran UVA dan UVB di mana tidak bagus untuk kulit muka. Sentiasa memakai pelembab dan sun block boleh menghalang masalah kulit dari dalam.

 

Tips Kulit Cantik #12 Tukar Cadar dan Baju secara Rutin

Tukar lah cadar dan sarung bantal sekurang kurangnya seminggu sekali dan baju setiap hari. ini kerana masalah kulit bukan sahaja boleh berlaku di muka tapi di mana mana permukaan kulit. Pakai baju yang menyerap peluh juga membantu kulit untuk bernafas dengan baik.

Tips Kulit Cantik #13 Jangan Skip Vitamin C

Vitamin C terkenal denagan sifat anti oksidan yang tinggi. Ia juga sangant sinonim dengan Vitamin cantik. Pengambilan Vitamin C yang konsisten akan menampakkan hasil yang positif.

Pemilihan Vitamin C juga adalah penting. Pilih lah Vitamin C yang mempunyai teknologi sustain released. ini kerana ia akan melakukan pelepasan vitamin secara berperingkat ke dalam tubuh.

selalunya Vitamin C jenis ini kos sangat tinggi untuk di hasilkan tetapi di Shaklee sebotol ada 180 biji tablet dengan kos kurang RM 100\

Kulit yang cantik bukan sahaja memberi impresi kepada orang lain bahkan ia juga memberi keyakinan diri. Rajin lah membuat rutin yang sihat dan biasakan dengan keadaan sekeliling. 

Jumpa lagi nanti di entry yang lain. boleh hubungi saya untuk pertanyaan.

 

Anisah Ismail