10 Petua Banyakkan Susu Badan

 

Ada ibu yang tak buat apa pun, susu keluar dengan banyak hingga usia anak dua tahun.

Ada juga yang susu keluar sedikit saja dan ada yang tak keluar langsung.

Jika anda salah seorang ibu yang menghadapi masalah ini, pasti anda mahu tahu petua banyakkan susu badan, kan?

Kadang kala dengan sedikit bantuan boleh membuatkan kita lebih rilex sepanjang tempoh penyusuan.

Bagaimana pun setiap wanita adalah unik. Kita hanya perlu tahu keadaan tubuh sendiri agar tempoh penyusuan berjalan lancar.

MESTI KERAP MENYUSU

Pastikan bayi menyusu lebih kerap. sekerap 10- 12 kali sehari.  Hal ini kerana, ia mampu merangsang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu.

adalah normal apabila susu keluar sedikit sahaja selepas kelahiran bayi. Ia akan terus meningkat jika kerap di susukan.

Lebih erat ikatan ibu-bayi

Penyusuan susu ibu menggalakkan hubungan ibu-dan-bayi dari awal dan dapat membantu mencegah pengabaian bayi. Bonding antara ibu dan bayi juga akan semakin erat dan bayi akan berasa selamat.

Minum Banyak Air Kosong

Komponen susu di buat daripada air. Justeru pengambilan air yang ukup adalah penting untuk menghasilkan susu yang mencukupi. Anda juga boleh mencuba Energizing Soy Protein Shaklee (ESP) sebagai makanan tambahan untuk meningkatkan kualiti susu ibu. Ini kerana ESP di perbuat daripada soya NON GMO yang tidak di ubah genetiknya. Ia juga mengandungi Glisemik Indeks yang rendah untuk kesan kenyang yang lebih lama.

 

Selain ia boleh dijadikan MILKBOOSTER, kandungan proteinnya boleh mempercepatkan proses baik pulih luka serta memberi tenaga kepada ibu.

Posisi dan Kedudukan yang Betul

semasa penyusuan anda dan bayi mestilah berada di kedudukan yang selesa. ini akan memberikan efek yang tenang . Selepas pastikan posisi betul, angkat bayi dan lekapkan mulut bayi ke arah puting payudara. Pastikan ada ruang antara hidung dan mulut bayi dengan dada anda agar bayi mudah bernafas.

Amalkan makan herba 

Petua banyakkan susu ibu selepas bersalin juga anda boleh buat dengan cara makan herba seperti halba.

Halba merupakan herba yang berkhasiat untuk pemulihan dalaman badan. Caranya anda boleh makan sesudu halba setiap hari atau campurkan halba ke dalam minuman teh setiap pagi.

atau herba lain ialah ALFALFA SHAKLEE.

ALFALFA adalah tumbuhan herba yang banyak digunakan dalam meningkatkan kesihatan manusia.Tumbuhan ini kaya dengan mineral dan vitamin penting seperti B,C,E,Kalsium,Fosforus,Fiber untuk kegunaan badan kita.

Medicago Stavia ini di tanam tanpa bahan kimia dan akarnya boleh mencecah 20 meter kaki.Ini membolehkan Alfalfa menyerap mineral dan zat yang ada di dalam tanah. Jadi tidak hairanlah mengapa tumbuhan herba ini dipanggil raja tumbuhan kerana mempunyai khasiat yang tinggi.

ALFALFA bertindak sebagai memekatkan susu yang dihasilkan ibu justeru, bayi kenyang lebih lama dan selesa.

 

Aktiviti Mengurut

Mengurut juga merupakan petua banyakkan susu badan selepas bersalin yang bagus untuk dilakukan. Caranya anda urut lembut di kawasan payudara dan belakang badan.

Ia memberi peluang penghasilan susu badan jadi lebih baik. Kalau rasa susah nak urut sendiri, mintalah bantuan suami atau ibu anda. Tak pun, panggil tukang urut macam saya #makbidanmude =) yang tahu letak kedudukan urat untuk banyakkan susu.

Elakkan Stress

bahaya nyaa STRESS!! ia boleh membunuh susu anda.

Stress boleh menyebabkan susu susah nak keluar. Yalah, biasanya selepas bersalin ada macam-macam perkara ganggu pemikiran ibu hingga rasa tertekan lantas mengganggu penghasilan susu badan.

Jadi ibu jangan selalu stres ya.

Biarkan pemikiran dan emosi dalam keadaan aman dan tenang. Ketepikan dahulu masalah yang menyelubungi diri ke tempat lain.

jika ibu – ibu perlukan sedikit bantuan atau kadang kala tidak tahu apa yang di risaukan bolehla mencuba BCOMPLEX SHAKLEE. Ada kajian menunjukkan 84% ibu – ibu mengalami stress yang tidak di ketahui. Haa bahaya kan..

Bcomplex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B yang tidak dapat di hasilkan oleh badan. Jadi harus di ambil dengan supplement atau pemakanan lengkap yang seimbang. Ia juga bagus untuk membantu penghasilan sel darah yang baru kerana ibu banyak kehilangan darah sewaktu proses melahirkan.

Lebih menenangkan kepada bayi

Kadang-kadang, bayi mencari payudara anda walaupun mereka tidak lapar. Ini kerana susu badan menggalakkan rasa kegembiraan dan keselesaan.

Puting payudara anda juga bertindak sebagai puting yang bersih dan semula jadi.

 

Berat badan yang lebih sihat dan kurang jangkitan

Bayi yang kurang berat badan mestilah disusui, dan susu manusia (sama ada yang dipam atau susu penderma) mengurangkan risiko jangkitan dengan ketara.

Ia berbeza dengan bayi yang mempunyai berat badan rendah dan telah diberi susu formula.

Gigi dan tulang yang lebih sihat

Pembentukan gigi dan tulang bayi adalah penting untuk tumbesarannya. Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup dari menu harian. Kalsium akan di tarik dari bank kalsium ibu. Buat jangka masa panjang ibu ibu berisiko mendapat penyakit osteoporosis atau osteopenia.

OSTEMATRIX Shaklee menawarkan kalsium yang penting untuk ibu dan bayi. Selain membantu melawaskan pembuangan, Ostematrix ini juga mengandungi Vitamin D, Magnesium dan Boron penting untuk memberi kelegaan kepada otot Justeru memberi ibu dan bayi tidur yang berkualiti. Vitamin D membantu kalsium di serap secara optimum di dalam badan

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

Jika anda ingin mendapatkan set di atas boleh terus hubungi saya. banyak susu

 

Anisah Ismail